Semalam, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, PPANS sahkan bahawa hari ini tiada pengeluaran ayam dari ladang.

Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca ayam sakit.

Persoalannya, bagaimana ini boleh ditangani di pihak pengguna dan juga pihak yang menyediakan bekalan seperti di pasar basah dan pasaraya?

Kita lintas langsung secara terus dan Tanyakan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin yang kini berada di studio AWANI, di Pusat Dagangan Dunia, WTC KL.